Selamat Datang

smile

SELAMAT DATANG KE BLOG TABIKA 1 PPAK ARAU

Pengenalan TABIKA KEMAS

  Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. 
Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur.
Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.




Latar Belakang Tabika Kemas PPAK Arau
q  Di tubuhkan pada 1 September 1994 dan di rasmikan pada 1 April, 1995.

q  Mempunyai kelas (1, 2 dan 3) dengan 4 orang guru dan 3 orang   pembantu pemaju masyarakat (PPS)

q  Mula beroperasi dari jam 8 pagi - 12 tengahari

q  Kelas Iqrak bemula jam 12.15 tengahari – 1.30 tengahari


AKTIVITI PEMBELAJARAN BERSAMA ANAK-ANAK DIDIKKU


No comments:

Post a Comment